Surprise Me!

[WAWANCARA EKSKLUSIF] 'Kerajaan ini bukan sesiapa yang punya'

2023-01-22 3,806 Dailymotion

Tidak pernah menyangka dilantik sebagai Ketua Menteri ke-12, beliau terpaksa menggalas tanggungjawab berat mengemudi negeri Melaka keluar daripada ketidakstabilan politik, ekonomi dan serangan pandemik Covid-19.

Kerajaan pimpinannya turut dilanda gelora apabila kedudukan diganggu gugat pihak tertentu, walaupun UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 2021.

Di sebalik semua dugaan, figura ini terus teguh berdiri berpaksikan prinsipnya bahawa kerajaan bukan sesiapa yang punya, sebaliknya milik ALLAH SWT.

ADUN Lendu itu turut berkongsi kisah bagaimana mengembalikan kegemilangan Melaka sebagai destinasi pelancongan utama negara, selain perjuangan tanpa hentinya dalam membela nasib rakyat di negeri kelahiran Hang Tuah itu.

Saksikan Wawancara Eksklusif bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada Ahad, 22 Januari 2023 jam 2 petang di semua platform media sosial Sinar Harian.

Muzik: Restless Sea by Letra dari https://artlist.io/

#WawancaraEksklusif #SinarHarian #KetuaMenteriMelaka #SulaimanMdAli

Buy Now on CodeCanyon